Blog ini masih lagi dalam proses updating. Salam kunjungan buat semua ke blog sekolah kami. Sokongan anda untuk menjadi follower, sign our guestbook, leave a message at shoutmix & feel free to leave a comment post amat dihargai. Updating akan dibuat secara mingguan oleh editor.

School Blog GuestBook

Sunday, April 24, 2011

Program Motivasi Sakinah 2011


Rentetan program motivasi yang telah dijalankan pada sesi pertama pada awal Mei 2010 yang lalu, maka pada sesi 2011 ini ...SK Merlong dengan kerjasama penuh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) berhasrat meneruskan sesi motivasi tahun ini dengan mengembalikan jejak-jejak semangat dan kesedaran murid-murid Tahap 2 di SK Merlong khasnya bertempat di Kantin SK Merlong.


Sesi pendaftaran telah dijalankan sekitar jam 8.00 pagi. Murid-murid mendaftar di meja pendaftaran dan mendapatkan fail program daripada AJK Pendaftaran Pn Saliza Bt Roslan & Pn Haslina Bt Ahmad Fazil.



Pengerusi Majlis program ini adalah En Amirul Fahmi Bin Yusup (Guru Praktikum). Bacaan doa telah dipimpin oleh En Ardinorhasairwan Bin Alias. 

 Slot ucapan Guru Besar menjadi pemula majlis pada hari ini.


Slot Motivasi pertama merupakan slot khas daripada Pegawai Penggerak Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) Bandar Pengaram. Dalam slot ini, beliau banyak membicarakan tentang kerohanian dan tips-tips berunsurkan keagamaan sebagai pencetus motivasi dan kejayaan baik di dunia mahupun akhirat. Beberapa lampiran doa dan asma al husna diberikan kepada murid-murid sebagai rujukan. Paparan slideshow turut dipersembahkan.


Pada sesi slot kedua pula En Rasyid Bin Ayob selaku fasilitator seterusnya dibantu Puan Rasyidah Bt Kamhar selaku Pembantu Tadbir Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) menjalankan sesi slot berupa santai dengan acara permainan menguji minda dan aksi. 


Ketika sesi sedang berjalan, para fasilitator yang lain dijemput untuk sesi jamuan yang disediakan.


Murid-murid dilihat begitu riang & gembira dengan slot ini.









Murid-murid dan guru-guru berehat seketika termasuk barisan fasilitator untuk jamuan yang telah disediakan di kantin.


Slot ketiga menyusul selepas selesai jamuan. Slot ini dipimpin oleh En Samsari Bin Samsudin yang banyak menyentuh isu teknik pembelajaran yang baik dan harus diusahakan oleh murid demi menjana kejayaan yang diharapkan. Slot ini mendapat perhatian murid-murid kerana banyak slide dipaparkan. Banyak ilmu dan senda gurau yang memenuhi suasana ketika sesi dijalankan.




Akhirnya slot ke-4 digerakkan oleh En Juri Azzuwan Bin Kamarudin selaku Pegawai Tadbir Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim dengan acara santai dengan nyanyian berunsurkan ilmu di sebaliknya.


Penyampaian cenderamata sebagai tanda ucapan terima kasih dan tanda kenangan mengakhiri program pada hari ini.




Ucapan terima kasih tidak terhingga buat semua yang menjayakan sesi pada kali ini, Sebarang kesulitan yang timbul, amatlah dikesali dan diharapkan kita dapat memperbaikinya pada sesi akan datang.




Tinta Pena Maya,


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...