Blog ini masih lagi dalam proses updating. Salam kunjungan buat semua ke blog sekolah kami. Sokongan anda untuk menjadi follower, sign our guestbook, leave a message at shoutmix & feel free to leave a comment post amat dihargai. Updating akan dibuat secara mingguan oleh editor.

School Blog GuestBook

Friday, April 8, 2011

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring (SK Merlong vs SK Sg Tongkang)


 para pemain sedang bersalam-salaman sebelum acara dimulakan

Pada awal april 2011 telah diadakan satu perlawanan persahabatan Bola Jaring antara SK Merlong dan SK Sg Tongkag bertempat di Dataran Perhimpunan SK Merlong yang telah dijadikan gelanggang bola jaring. 

Sebelum perlawanan ini diadakan lagi, beberapa siri latihan giat dijalankan pasukan bola jaring sekolah dipimpin oleh jurulatih bola jaring sekolah iaitu Pn Hjh Rosmini Bt Asmuni & Pn Che Mah Bt Hassan . Juga dibantu oleh Cik Rosfarahidayana Bt Moliadi dan team kokurikulum yang lain. 

Sekitar gambar sepanjang perlawanan dijalankan :-





Dalam perlawanan persahabatan yang dijalankan ini, kemenangan sememangnya berpihak kepada SK Merlong yang menjadi juara perlawanan ini.

 Salam penutup selepas keputusan diumumkan

 Sesi Fotografi Tanda Kenangan

Hasil daripada perlawanan ini, maka sesi persiapan & latihan rancak dijalankan sehinggalah Kejohanan Bola Jaring Zon Senggarang diadakan pada Khamis 14 April 2011 bertempat di Gelanggang Futsal JPMM Senggarang/SMK Senggarang.

Walaupun hanya berjaya menempatkan di kelompok 6 teratas, SK Merlong masih belum berjaya meraih pencapaian terbaik seperti tahun 2007 ketika meraih Naib Johan.  




Namun begitu, ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Pengurus Pasukan Pn Hjh Rosmini Bt Asmuni & Jurulatih yang terlibat (Pn Che Mah Bt Hassan) dibantu oleh Pn Rosmini dan Cik Rosfarahidayana


Juga jutaan terima kasih atas kehadiran & sokongan YDP PIBG SK Merlong En Shariff Bin Malek yang turut menyaksikan perlawanan.


Sekalung tahniah & cuba lagi di tahun hadapan ya ...SK Merlong Boleh !!!






Lakaran Pena Tinta Maya,



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...