Blog ini masih lagi dalam proses updating. Salam kunjungan buat semua ke blog sekolah kami. Sokongan anda untuk menjadi follower, sign our guestbook, leave a message at shoutmix & feel free to leave a comment post amat dihargai. Updating akan dibuat secara mingguan oleh editor.

School Blog GuestBook

Friday, March 4, 2011

Pertandingan Mewarna & Melukis Minggu Anti Dadah

IMG_4889

Minggu Anti Dadah telah dilancarkan  pada Selasa 1.3.2011 bertempat di Dataran Perhimpunan SK Merlong. Majlis yang merupakan di bawah penyelaras utama iaitu GPK HEM SK Merlong 2011 En Ardinorhasirwan Bin Alias dibantu oleh semua guru telah dilangsungkan sebagaimana arahan JPN Negeri Johor kepada semua sekolah di Johor.

IMG_4905

Dalam ucapan alu-aluan sempena Pelancaran Minggu Anti Dadah yang bertemakan '1 Malaysia Membanteras Dadah' ini, En Ardinorhasairwan Bin Alias telah membacakan perutusan sempena majlis pelancaran ini yang membawa informasi dan nasihat menjurus kepada tema Minggu Anti Dadah.

Guru Besar Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj juga kemudiannya memberi ucapan dalam menyempurnakan majlis pelancaran peringkat sekolah ini dengan kata-kata kalam yang bernas bagi membanteras dadah khasnya di kalangan murid. 

Antara inti pati ucapan tersebut, beliau berharap menerusi program pendidikan pencegahan dadah yang dijalankan di peringkat sekolah ini dapat melahirkan golongan pemimpin masa hadapan yang bebas daripada dadah di samping merupakan satu mekanisme ke arah pembasmian gejala penyalahgunaan dadah. Hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil dilaksanakan sekiranya program ini mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak.

IMG_4896

Bersempena dengan Minggu Anti Dadah ini, pada hari Jumaat 4 Mac 2011 telah dijalankan Pertandingan Mewarna 'Anti Dadah' bagi Tahap 1

IMG_4900

IMG_4914

Manakala Pertandingan Melukis Poster 'Anti Dadah' dijalankan kepada murid-murid Tahap 2.

IMG_4917

IMG_4912

Pertandingan-pertandingan ini telah dilaksanakan bermula selepas rehat di kantin sekolah dipantau oleh warga guru SK Merlong. 

Secara imbasan....murid-murid telah menyertai pertandingan anjuran sekolah ini dengan penuh tekun dan sedaya upaya menghasilkan kreativiti mereka. 


Hadiah-hadiah untuk pemenang telah disampaikan pada perhimpunan Isnin 7 Mac 2011 oleh Guru Besar Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj.


IMG_4941


IMG_4939


Diharapkan program yang dijalankan bersempena Minggu Anti Dadah ini mendidik murid agar  berusaha untuk menjauhkan diri daripada terjebak ke kancah penyalahgunaan dadah di samping murid dapat mengenalpasti unsur-unsur yang akan membawa mereka kepada terjebak ke kancah penyalahgunaan dadah.

IMG_4904


Semoga murid-murid akan lebih bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan hidup di samping akan menjadi pemimpin dan pembimbing rakan sebaya yang menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan negara. Penglibatan semua pihak dalam menjayakan program ini amat besar ertinya. 
 
Terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah Tahun 2011 ini.




Tinta Kalam Maya,






3 comments:

Anonymous said...

wow! thi is amazing!

Anonymous said...

Assalamualaikum kepada semua guru yang saya kasihi, SK Merlong sekolah pertama saya pada awal tahun 70 an, saya bangga melihat kemajuan sekolah saya yg jauh berbeza dari zaman saya bersekolah dulu. Jasa dan pengorbanan guru-guru saya dahulu amat saya hargai. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Gurubesar saya dulu Chegu Ahmad Bin Dahlan dan Abdullah Bin Jamil yang telah kembali kepada Nya. Saya doakan semoga SK Merlong terus maju dalam semua bidang.

fathieyn athieyn said...

cantik^^~~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...