Blog ini masih lagi dalam proses updating. Salam kunjungan buat semua ke blog sekolah kami. Sokongan anda untuk menjadi follower, sign our guestbook, leave a message at shoutmix & feel free to leave a comment post amat dihargai. Updating akan dibuat secara mingguan oleh editor.

School Blog GuestBook

Saturday, April 30, 2011

Majlis Perpisahan Guru-Guru Praktikum (31.1.2011-29.4.2011)


Rintik hujan gerimis pawana,
Kalungan indah kalam ku tinta,
Majlis Perpisahan ungkapan warna,
Untuk Cikgu Amirul Fahmi & Cikgu Sharifuddin adinda kita.

Sesungguhnya permulaan kalian sampai di SK Merlong tanggal 31 Januari 2011 sememangnya amat dinanti-nantikan warga SK Merlong bagi melancarkan segala penyempurnaan gerak kerja yang sedang di titi. Malah, kehadiran kalian juga menambah rencah persahabatan dalam korum lelaki tunggal yang 
ada di SK Merlong.

Munculnya kalian berdua, menjadi peneman setia buat Cikgu Ardinorhairwan B. Alias. Jika dahulu, beliau berseorangan....bila kalian datang, bertiga kaum lelaki di sekolah ini, menambah meriah suasana yang sepi.

Majlis perpisahan yang direncanakan pada Rabu 27 April 2011 sesungguhnya adalah edisi khas mengenang jasa-jasa kalian di sini meski hanya 3 bulan cuma. Suasana sepi berlagu duka meski ada rintik hujan yang meniti pada hari tersebut. Namun majlis jamuan makan yang diatur jam 10.00 pagi bersama warga guru & pekerja sekolah dilihat amat bermakna. 

 Sibuknya Cikgu Zalela melayan di meja makan


Rancak berjalan sesi makan-makan di Bilik KH

 Hai, tengok apa tue Fahmi & Din..pantang tengok kamera ye???

Tirai majlis berunsurkan ucapan turut diadakan di ruang kantin sekolah disaksikan oleh murid-murid SK Merlong. 


Ucapan alu-aluan dimulakan oleh bonda tercinta Guru Besar SK Merlong Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj yang menyatakan kalungan terima kasih atas jasa kalian sepanjang berada di sekolah dan beliau amat mengharapkan kalian terus kekal di sini jika diizinkan Allah.

Begitu juga pada sesi slot ucapan kedua oleh Pengerusi Bilik Guru Pn Suhaila Bt Harun yang menyampaikan salam terima kasih dari seluruh warga guru & pekerja khas untuk kalian yang banyak membantu kami dalam apa jua kerja yang diberikan.

Malah, ucapan Guru Pembimbing Pn Zalela Bt Othman amat menyentuh hati meski ada canda gurau. Itu lah yang pasti memikat kalian untuk mengingati dirinya.


Ya, watak Guru Pembimbing yang bersahaja dalam ketegasan memungkinkan kalian menjadi guru praktikum yang terbaik selain usaha yang kalian titipkan.


Sesi ucapan oleh Cikgu Fahmi


Sesi ucapan oleh Cikgu Sharifuddin


Kemuncak majlis pada hari ini adalah edisi ucapan yang telah kalian suarakan buat kami pihak sekolah sungguh mengharukan sehingga dapat melihat ada anak-anak murid yang sebak & menitis air mata. 



Ketika jam meniti 11.00 pagi, acara menghasilkan kad gergasi oleh setiap wakil kelas kepada 2 guru praktikum (Cikgu Amirul Fahmi & Cikgu Sharifuddin). Masing-masing berlumba untuk menghasilkan yang terbaik.

Inilah salah satu hasilnya ketika sesi penyerahan kad dijalankan :-

Cenderamata tanda terima kasih tidak dilupakan oleh pihak sekolah buat kalian


Hadiah dari sekolah untuk Cikgu Fahmi

 Hadiah dari sekolah untuk Cikgu Sharifuddin


Terima kasih juga buat kalian yang sudi memberikan cenderamata kenang-kenangan kepada pihak sekolah.


Juga kepada Guru Pembimbing yang amat kalian sayangi, Puan Zalela Bt Othman.


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan


Khas buat Adinda Anirul Fahmi & Sharifuddin,

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat



Rangkaian pantun menutup sesi kalam tinta pada hari ini :-

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi kalian jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


 
"Selamat Maju Jaya khas buat kalian berdua"



Kalungan Tinta Kasih,





READ MORE- Majlis Perpisahan Guru-Guru Praktikum (31.1.2011-29.4.2011)

Sunday, April 24, 2011

Wajah Baru SK Merlong - Part 2


Masih ingat lagi entry pertama bagi tajuk yang sama.

Ops....dah lupa ke? Check entry ini ya http://skmerlong.blogspot.com/2011/03/wajah-baru-sk-merlong-part-1.html


Kali ni pihak editor membawakan beberapa perubahan lagi yang sedang meniti SK Merlong bagi sesi 2011.

Jom layankan gambar-gambar di bawah sebagai tatapan mata kalian :-


Perubahan Muka Depan Pintu Masuk SK Merlong

 Kali pertama saya menjejak kaki ke SK Merlong dari 2007

Pada sesi disember 2010


Kini pada sesi 2011, sudah ada papan tanda mengiringi pintu masuk. Tahniah atas usaha pihak sekolah dengan kerjasama PIBG


Perubahan Mural di Bilik Kemahiran Hidup

sesi awal Mac 2011 guru-guru praktikum Cikgu Amirul Fahmi & Cikgu Sharifuddin bertungkus-lumus menyiapkan mural di dinding luar Bilik Kemahiran Hidup.


 Inilah hasilnya yang jelas kelihatan. Tahniah atas usaha yang dilakukan.


Perubahan Muka Dinding Bangunan Kantin SK Merlong
(Mercu Muka Tanda Masuk SK Merlong)

Ketika sesi 2007 saya menjejak kaki di sekolah ini

Januari 2011

 9 April 2011 ketika sesi gotong-royong dijalankan bersama AJK PIBG

 Tahniah & syabas juga atas hasil usaha Guru Besar meletakkan banting kecil sifir
di ruangan dalam kantin sekolah



NAK TAHU APA LAGI PERUBAHAN YANG TELAH BERJALAN.
TUNGGU...........PART 3 :-)




Tinta Pena Maya,


 
READ MORE- Wajah Baru SK Merlong - Part 2

Program Motivasi Sakinah 2011


Rentetan program motivasi yang telah dijalankan pada sesi pertama pada awal Mei 2010 yang lalu, maka pada sesi 2011 ini ...SK Merlong dengan kerjasama penuh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) berhasrat meneruskan sesi motivasi tahun ini dengan mengembalikan jejak-jejak semangat dan kesedaran murid-murid Tahap 2 di SK Merlong khasnya bertempat di Kantin SK Merlong.


Sesi pendaftaran telah dijalankan sekitar jam 8.00 pagi. Murid-murid mendaftar di meja pendaftaran dan mendapatkan fail program daripada AJK Pendaftaran Pn Saliza Bt Roslan & Pn Haslina Bt Ahmad Fazil.



Pengerusi Majlis program ini adalah En Amirul Fahmi Bin Yusup (Guru Praktikum). Bacaan doa telah dipimpin oleh En Ardinorhasairwan Bin Alias. 

 Slot ucapan Guru Besar menjadi pemula majlis pada hari ini.


Slot Motivasi pertama merupakan slot khas daripada Pegawai Penggerak Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) Bandar Pengaram. Dalam slot ini, beliau banyak membicarakan tentang kerohanian dan tips-tips berunsurkan keagamaan sebagai pencetus motivasi dan kejayaan baik di dunia mahupun akhirat. Beberapa lampiran doa dan asma al husna diberikan kepada murid-murid sebagai rujukan. Paparan slideshow turut dipersembahkan.


Pada sesi slot kedua pula En Rasyid Bin Ayob selaku fasilitator seterusnya dibantu Puan Rasyidah Bt Kamhar selaku Pembantu Tadbir Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) menjalankan sesi slot berupa santai dengan acara permainan menguji minda dan aksi. 


Ketika sesi sedang berjalan, para fasilitator yang lain dijemput untuk sesi jamuan yang disediakan.


Murid-murid dilihat begitu riang & gembira dengan slot ini.









Murid-murid dan guru-guru berehat seketika termasuk barisan fasilitator untuk jamuan yang telah disediakan di kantin.


Slot ketiga menyusul selepas selesai jamuan. Slot ini dipimpin oleh En Samsari Bin Samsudin yang banyak menyentuh isu teknik pembelajaran yang baik dan harus diusahakan oleh murid demi menjana kejayaan yang diharapkan. Slot ini mendapat perhatian murid-murid kerana banyak slide dipaparkan. Banyak ilmu dan senda gurau yang memenuhi suasana ketika sesi dijalankan.




Akhirnya slot ke-4 digerakkan oleh En Juri Azzuwan Bin Kamarudin selaku Pegawai Tadbir Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim dengan acara santai dengan nyanyian berunsurkan ilmu di sebaliknya.


Penyampaian cenderamata sebagai tanda ucapan terima kasih dan tanda kenangan mengakhiri program pada hari ini.




Ucapan terima kasih tidak terhingga buat semua yang menjayakan sesi pada kali ini, Sebarang kesulitan yang timbul, amatlah dikesali dan diharapkan kita dapat memperbaikinya pada sesi akan datang.




Tinta Pena Maya,


READ MORE- Program Motivasi Sakinah 2011

Wednesday, April 20, 2011

Kejohanan Badminton Zon Senggarang 2011

keadaan gelanggang di Dewan Suria SMK Tun Sardon

Selasa 19 April 2011 telah berlangsungnya Kejohanan Badminton Zon Senggarang 2011 bertempat di Dewan Suria, SMK Tun Sardon Rengit. 8 sekolah iaitu SK Seri Mulia, SK Merlong, SK Sg Tongkang, SK Sri Rengit, SK Parit Kemang, SK Senggarang, SJK(C) Chong Hwa Rengit, SJK (C) Chong Hwa Senggarang & SK Parit Kadir telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

sesi pendaftaran sedang berlangsung
Perlawanan badminton pada hari ini hanya melibatkan acara perseorangan individu. Tiada acara bergu dipertandingkan. Sebelum perlawanan bermula, sesi pendaftaran telah dijalankan yang mana Pengurus Pasukan masing-masing telah mendaftar nama para pemain dan mendapatkan pamplet yang disediakan urusetia.



persediaan gelanggang sedang dijalankan urusetia

Sementara itu upacara persiapan pemasangan net badminton, tempat duduk pengadil, tempat duduk penjaga garisan dan persiapan dewan dilaksanakan ketika pendaftaran sedang berjalan.




Taklimat ringkas kepada pengadil yang terpilih untuk mengadili setiap acara pada hari ini telah dilakukan oleh Pengurus Teknik En Zaini Abd Ghani di meja pendaftaran.




Ketika ini kelihatan murid-murid masih sibuk berlatih sebagai persediaan membiasakan diri dengan gelanggang dewan.




Pada tahun 2011 ini, SK Merlong telah menghantar 4 penyertaan untuk acara perseorangan lelaki yang diwakili oleh Md Farid Bin Majid, Ambok Soleh Bin Ahmad, Hud Bin Salehudin dan Md Syahfuddin Bin Yusry. Manakala 2 peserta perempuan yang terpilih adalah Nurul Najiyah Bt Ahmad dan Nurul Izzati Bt Borhan.




Perlawanan sesi pertama menyaksikan acara perseorangan Kumpulan A oleh Ambok Soleh Bin Ahmad (SK Merlong) dengan lawannya dari SK Seri Mulia. Ambok Soleh Bin Ahmad kalah dalam perlawanan pertama ini. 


Begitu juga dengan nasib kekalahan oleh Adik Nurul Najiyah Bt Ahmad pada perlawanan pertamanya melibatkan Kumpulan A menentang SK Sri Rengit.




Usaha tetap diteruskan oleh team pasukan badminton SK Merlong. Kejayaan pertama oleh Adik Hud Bin Salehudin dalam Kumpulan B menentang SK Parit Kemang sungguh membanggakan. 



Namun kemenangan tidak berpihak kepada peserta Adik Nurul Izzati Bt Borhan dan Adik Md Syahfuddin yang kalah pada acara pertama.


Sesungguhnya ucapan tahniah harus diucapkan jua pada Adik Hud Bin Salehuddin kerana mempamerkan permainan yang membanggakan jurulatih badminton Cik Rosfarahidayana Bt Moliadi apabila beliau bermain dengan baik ketika perlawanan bersama SJKC Chong Hwa Senggarang. Meskipun kalah, diharapkan permainan buat kali pertama di dewan ini memberikan 1 pengalaman buat Adik Hud.


Syabas sesungguhnya buat Adik Md Farid Bin Majid yang mara hingga perlawanan yang menentukan tempat ketiga dan keempat pada sesi separuh akhir menentang SK Sri Rengit yang menyaksikan akhirnya SK Merlong meraih tempat keempat. 




Sesi penutup dengan upacara penyampaian hadiah telah dijalankan setelah selesai acara perlawanan akhir kejohanan badminton ini. 


Keputusan perlawanan secara keseluruhan adalah seperti berikut :-


Acara perseorangan (lelaki) 

1) SK Sg Tongkang - prestasi kemenangan terbaru sesi 2011


2) SK Sg Tongkang
3) SK Sri Rengit

4) SK Merlong


Acara perseorangan (perempuan)

1) SK Parit Kemang --> sejarah buat kali pertama dirangkul oleh SK Parit Kemang


2) SJKC Chong Hwa Senggarang
3) SK Sri Rengit
4) SK Sri Rengit


Setelah sesi kekemasan telah dijalankan, maka sesi penutup bergambar sesuatu yang amat bermakna pasti dilakukan oleh pihak urusetia. 





Lakaran Pena Maya,







READ MORE- Kejohanan Badminton Zon Senggarang 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...