Blog ini masih lagi dalam proses updating. Salam kunjungan buat semua ke blog sekolah kami. Sokongan anda untuk menjadi follower, sign our guestbook, leave a message at shoutmix & feel free to leave a comment post amat dihargai. Updating akan dibuat secara mingguan oleh editor.

School Blog GuestBook

Wednesday, March 9, 2011

Majlis Perpisahan 'Jasamu Dikenang'


Tanggal 3 Mac 2011 (Khamis) telah diadakan Majlis Perpisahan 'Jasamu Dikenang' bagi meraikan 5 warga SK Merlong yang amat disanjungi kami sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

PERTAMA 
Mantan Guru Besar SK Merlong 2001-2010 (Pn Samiha Bt Selan)


KEDUA
Mantan Guru Pen. Kanan 1 SK Merlong 1997-2010 (En Samsudin B. Kalewan)

KETIGA
Mantan Guru Pen. Kanan HEM SK Merlong (2010)

KEEMPAT
Mantan Pembantu Tadbir SK Merlong (1997-2010) Pn Hjh Misnah Bt Jani

KELIMA
Mantan Pengawal Keselamatan (2008-2010) En Husin Bin Wahab


Pelbagai persiapan telah dilakukan warga sekolah demi menyempurnakan program dengan jayanya. 


Terima kasih khas buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung demi menjayakan majlis tersebut.




Ketibaan para tetamu kehormat yang diraikan serta Jawatankuasa PIBG yang dijemput khas sempena program ini disambut oleh Jawatankuasa Majlis pada jam 10.00 pagi. Para tetamu kehormat serta Jawatankuasa PIBG ini telah diiringi ke Bilik Mesyuarat untuk menandatangani Buku Pelawat di saksikan oleh Guru Besar SK Merlong 2011 Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj.

Dukacitanya Mantan Pembantu Tadbir Pn Hjh Misnah Bt Jani tidak dapat turut serta dalam majlis ini lantaran berada di Kuala Lumpur bagi mengikuti pembedahan kanser adiknya.


Lantaran masa ketibaan para tetamu lewat pada jangkaan, maka Majlis Jamuan yang didakan di Bengkel Kemhiaran Hidup yang sepatutnya bermula 10.15pagi sepertimana pamplet telah dilanjutkan kepada jam 10.45pagi.


Ketika majlis jamuan dilangsungkan, murid-murid telah dikumpulkan di Kantin SK Merlong dan diberi gerak kerja yang sepatutnya. 




Acara majlis utama bermula pada jam 11.30 pagi dengan bacaan doa oleh En Ardinorhasairwan Bin Alias diiringi kemudiannya akan ucapan alu-aluan Guru Besar SK Merlong 2011 Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj, Pengerusi Bilik Guru Pn Suhaila Bt Harun dan Ketua Murid 2011 Nur Izzati Bt Borhan.




Persembahan Deklamasi Sajak menyusul selepas itu oleh murid tahun 4 iaitu Farah Afiqah Bt Shariff.


Sesi ucapan khas pastinya amat dinantikan oleh semua dan ia dimulakan dengan 

 Mantan Guru Besar SK Merlong 2001-2010 Pn Samiha Bt Selan, 

 Mantan Guru Pen Kanan 1 SK Merlong 1997-2010 En Samsudin Bin Kalewan, dan

 Mantan Guru Pen Kanan HEM SK Merlong 2010 En Md Yazid Bin Kamri.




Persembahan Nasyid 'Doa Perpisahan' oleh para hadirin diiringi kumpulan nasyid murid-murid Tahun 6 mengiringi deraian sayu dan sebak pengakhiran perkhidmatan para tetamu kehormat yang diraikan.


Upacara penyampaian hadiah kenang-kenangan khas dari warga sekolah dan PIBG telah disampaikan oleh Guru Besar Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj kepada semua tetamu kehormat yang diraikan pada majlis ini.


Doa tasbih, salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad mengakhiri majlis perpisahan ini dengan sayunya.


Team Editorial Blog SK Merlong 
dengan ini mengucapkan 'Selamat Bertugas'
di tempat baru buat semua tetamu kehormat yang diraikan.

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi


LENSA KAMERA PILIHAN TEAM EDITORIAL KALI NI JATUH KPD :-
Makanan yang amat sedap dimask oleh Pn Hjh Rosmini....yummy...yummu....:-)
Lepas ni leh masak enak-enak lagi ye ! 


pelukan semangat 2 sahabat yang kan kekal berganding bahu
(GPK HEM 2010 VS GPK HEM 2011)




Melarik Tinta Maya,





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...