Blog ini masih lagi dalam proses updating. Salam kunjungan buat semua ke blog sekolah kami. Sokongan anda untuk menjadi follower, sign our guestbook, leave a message at shoutmix & feel free to leave a comment post amat dihargai. Updating akan dibuat secara mingguan oleh editor.

School Blog GuestBook

Thursday, April 7, 2011

Persiapan ke arah Kejohanan Badminton Zon Senggarang 2011


Demam perlawanan badminton akan bermula tak lama lagi. Lantaran itu, beberapa persiapan sibuk di atur pihak sekolah dalam merealisasikan hasrat persediaan latihan badminton untuk persiapan menghadapi Kejohanan Badminton Zon Senggarang.


Tidak ketinggalan baru-baru ini juga pada Rabu 5 April 2011 telah dijalankan Mesyuarat Badminton antara Guru-guru Zon Senggarang bertempat di SK Merlong yang juga merupakan tuan rumah bersama SK Seri Mulia. 


Di dalam mesyuarat ini, penentuan syarat perlawanan, penyertaan dan beberapa urusan berkaitan telah dibincangkan. Di akhir keputusan, segala urusan utama akan diuruskan oleh Urusetia iaitu SK Merlong & SK Seri Mulia.




Lantaran itu, SK Merlong telah melakukan gerak kerja awal membina gelanggang badminton di Dataran SK Merlong. Tujuan pelaksanaan adalah untuk acara pemilihan murid untuk penyertaan kejohanan badminton tersebut dan tempat latihan.


Antara guru yang terlibat adalah GPK Kokurikulum Cik Rosfarahidayana Bt Moliadi, Setiausaha Sukan Puan Rohanizah Bt Arashad dan beberapa orang murid yang membantu. Jom layan gambar berkaitan :-






Lakaran Pena Maya,




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...