Blog ini masih lagi dalam proses updating. Salam kunjungan buat semua ke blog sekolah kami. Sokongan anda untuk menjadi follower, sign our guestbook, leave a message at shoutmix & feel free to leave a comment post amat dihargai. Updating akan dibuat secara mingguan oleh editor.

School Blog GuestBook

Saturday, March 26, 2011

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlong kali ke-36


Seperti tahun-tahun yang lalu, Mesyuarat Agung PIBG SK Merlong diadakan pada sebelah petang. Namun pada sesi 2011 ini merangkap Mesyuarat Agung PIBG SK Merlong kali ke-36, pelaksaannya diubah kepada sebelah pagi sabtu dan tarikh diplih pada 26 Mac 2011 sebaik sahaja selesai cuti persekolahan sesi mac.



Kehadiran ibu bapa pada kali ini amat memberansangkan berbanding keadaan sebelum ini. Guru Besar baru sesi 2011 Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj melahirkan rasa gembira atas perkembangan tersebut.


Pengerusi Majlis (MC) pada program ini digalas oleh Cikgu Amirul Fahmi (Guru Praktikum) yang bermula jam 8.40 pagi dengan bacaan doa oleh En Ardinorhasairwan Bin Alias dan alunan ayat suci Alquran oleh Adik Md Idham Bin Omar (Tahun 4). 


Sesi ucapan buat kali pertama oleh Guru Besar Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj menyaksikan sepenuhnya tumpuan para ibu bapa akan teks pengisian yang cukup menyentuh dan memberi ilmu. Menyusul selepas itu adalah ucapan perasmian oleh YDP PIBG SK Merlong 2010/2012 iaitu En Shariff Bin Malek yang menyokong perjuangan dan perubahan baru yang sedang dibuat oleh pihak sekolah.

Mesyuarat Agong telah dimulakan selepas selesai sahaja sesi ucapan tersebut dan dikendalikan sendiri oleh YDP PIBG SK Merlong 2010/2012  En Shariff Bin Malek dan Timbalan YDP PIBG En Jasmin Bin Kilion. 




Perbentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Merlong ke-35 telah diulas oleh Setiausaha Agong PIBG 2010/2012 Pn Fazlina Bt Rosli dan ia disokong oleh En Mohd Shah Bin Ahmad & disokong oleh Pn Zuliha Bt Kasmin. 

Begitu juga perbentangan oleh Bendahari Agung PIBG 2010/2012 Pn Rohanizah Bt Arashad yang telah menyampaikan butiran kewangan sesi 2010 hingga kewangan yang berakhir 26.3.2011. Pada sesi ini, beberapa soalan telah diajukan yang meminta kewangan dikemas kini akan kiraannya dan ia telah diperbaiki oleh Bendahari selepas mesyuarat selesai.

Sebanyak 4 usul telah di lontarkan oleh wakil ibu bapa. Antaranya adalah seperti berikut :-

USUL 1 OLEH EN SHARIFF BIN MALEK


Pihak sekolah mengadakan Hari Bertemu Ibu Bapa pada hari dan waktu yang sesuai untuk pendidikan.


Pihak sekolah memanggil ibu bapa kepada murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran / disiplin sekolah

Cadangan : Tempat hantar anak bagi ibu bapa bersebelahan sekolah lama dengan pembelian batu kasar (sumbangan ibu bapa diperlukan)

Penurapan semula jalan SK Merlong perlu tandatangan / sokongan ibu bapa untuk dimajukan kepada yang berkenaan.

USUL 2 -  Pn Kamisah Bt Md. Salleh (Kg Sg Merlong)

Pelajar darjah 5 dan 6 dilebihkan kelas tambahan dalam masa cuti penggAL
  • Tidak boleh dibentangkan lanjut kerana pengusul tidak hadir mesyuarat
 
Usul 3 daripada En Md Yazid Bin Kamri (Taman Ria 2, Rengit)

Mewujudkan satu tabung khas melalui kutipan derma oleh ibu bapa ala walkhaton untuk keceriaan sekolah 

Usul 4 daripada Pn Siti Noraidah Bt Suboh (Kg Sg Merlong)

Pihak guru yang membuat kelas tambahan diharap agar menetapkan masa pulang yang tepat dan tidak membuat penjaga menunggu anak terlalu lama

Murid-murid Tahun 6 dikurangkan masa / aktiviti Pendidikan Jasmani agar mereka diberi penekanan belajar pada mata pelajaran yang sukar terutama murid-murid yang dikenal pasti lemah.

Setiap usul yang diajukan telah dijawab dengan baik oleh pihak sekolah dan wakil Jawatankuasa Agung PIBG SK Merlong 2010/2012 sepertimana terkandung pada catatan minit mesyuarat oleh Setiausaha Agung PIBG yang telah dihantar ke PPD awal April 2011 ini. 



Sebaik sahaja sesi mesyuarat selesai, maka sesi cabutan bertuah telah diadakan untuk ibu bapa dan guru-guru yang hadir pada mesyuarat. Di akhirnya adalah upacara penyampaian hadiah kepada Perasmi Mesyuarat iaitu YDP PIBG SK Merlong 2010/2012 En Shariff Bin Malek yang telah disampaikan oleh Guru Besar Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj.


Para hadirin telah dibekalkan bungkusan makanan pada sesi jamuan. Majlis secara rasminya berakhir pada jam 11.45 pagi.

KOLEKSI GAMBAR TERPILIH 

phewitt, senyum sokmo depa :-)

Apa agaknya yang membuatkan cikgu zalela ketawa tu ye?

pose istimewa (pn roha & pn suhaila)-manja gitu :-)

Jutaan terima kasih tidak terhingga pada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung pada sesi mesyuarat kali ini. Semoga segala kekurangan dan kesulitan yang berlaku ditambah baik lagi pada masa akan datang hendaknya.



Pena Tinta Maya,





 



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...