Kalam Pena Popular 'SK Merlong'
Identiti Sekolah
LAMBANG TANDA IDENTITI
SK MERLONG
VISI & MISI SK MERLONG
MATLAMAT
SK Merlong akan lulus dalam semua mata pelajaran UPSR, menguasai 100% 3M
dan mendapat sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam pertandingan kokurikulum
yang disertai menjelang tahun 2013.
OBJEKTIF
Melahirkan murid sifar buta huruf
Meningkatkan kelulusan sekurang-kurangnya C dalam semua mata pelajaran
Mewujudkan murid yang tinggi budaya membaca
Menggalakkan penyertaan dalam kokurikulum untuk mencapai
sekurang-kurangnya tempat ketiga
LOGO / LENCANA SK MERLONG
Lencana SK Merlong ada tiga warna utama iatu merah, putih dan kuning dilengkapkan
lagi dengan buku dan obor.
Moto
"Berusaha Berjaya"
Warna Merah
Melambangkan keberanian dan bersemangat waja serta kental dalam
mengharungi pelbagai cabaran
Warna Kuning
Melambangkan kesungguhan dan taat setia yang tidak berbelah bagi
Warna putih
Melambangkan modal insan dan warganya yang berakhlak mulia,
seimbang dan harmonis
Buku dan Obor
Melambangkan bahawa ILMU ITU PELITA HIDUP
Menuntut ilmu dapat membina bangsa dan melahirkan insan yang harmonis dan seimbang serta berguna dan cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sahsiahnya. ILMU yang baik itu adalah ilmu yang digunakan sebagai sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran diri, keluarga, masyarakat dan negara.
LIRIK LAGU SK MERLONG
Inilah sekolah kami
Tempat kami belajar
Tempat menimba ilmu
Yang mesti kami kejar
Sekolah Kebangsaan Merlong
Gedung tempat ilmu
Tempat kami meneroka
Tak pernah rasa jemu
Kami kan tetap yakin percaya
Pada sekolah tercinta
Sekolah kami Sekolah Merlong
Terus membina bangsa
Dengan semangat waja
Kami kan terus berusaha
Hingga mencapai jaya
Majulah sekolah kita
Majulah sekolah kiat
Lagu /Lirik oleh :-
Hj Muhammmad Bin Hj Abd. Aziz
Guru Besar SK Merlong (1984)
Subscribe to:
Posts (Atom)