Blog ini masih lagi dalam proses updating. Salam kunjungan buat semua ke blog sekolah kami. Sokongan anda untuk menjadi follower, sign our guestbook, leave a message at shoutmix & feel free to leave a comment post amat dihargai. Updating akan dibuat secara mingguan oleh editor.

School Blog GuestBook

Sejarah Sekolah


SK Merlong ...........

Sejarahnya kabur dalam catatan usang
Menjadi pegangan pewaris pentadbir berurusan
Menjadi rujukan penulis sejarah sezaman

Yang kabur kami terangkan
Yang silam kami kinikan
Yang diangan kami jadikan kenyataan

Kami pahatkan dengan tinta moden
Kami ukir dengan kalimah waris
Sebagai sejarah tinggalan Penghulu Hitam
Sebagai kenangan anak cucu mendatang

Kelak .....
Kisahnya kekal walaupun ditelan zaman
Kisah Sekolah Kampung Sungai Merlong
Sejarah Sekolah Kebangsaan Merlong

Kini dan selamanya .........


Nukilan,
Pn. Samiha Bt Selan (Guru Besar)
- 30 Julai 2010 -



SK MERLONG (SEBELUM TAHUN 1941)

NAMA ASAL SEKOLAH 
- SEKOLAH KAMPUNG SUNGAI MERLONG (Didirikan pada 2 Mei 1925)


JENIS SEKOLAH :-
Sekolah 'A' PWD385 BP sebelum perang
Sekolah 'B' JKR 1080 BP selepas kemerdekaan
Sekolah 'B' (SKM) kini


KEDUDUKAN SEKOLAH :-
41km, daripada Batu Pahat. Bangunan kampung di atas tapak tanah seluas setengah ekar.


PENGURNIAAN TANAH :-
Wakaf Allahyarham Penghulu Hitam Bin Abd. Rahman


PEMBINAAN OLEH :-
Pada 2 Mei 1925, sebuah sekolah bangunan kampung 1, telah didirikan dengan gotong-royong oleh orang-orang kampung diketuai oleh Allahyarham Penghulu Hitam Bin Abd. Rahman. 


Pada 2 Oktober 1930, sekolah bangunan kampung tersebut diganti dengan Bangunan Kerajaan di atas tapak tanah yang sama. Bangunan kerajaan tersebut daripada Anugerah Kerajaan Negeri Johor (tertera pada pelan sekolah pada paparan gambar). 


KEADAAN FIZIKAL SEKOLAH :-
Luasnya di tapak tanah 1 setengah ekar, tiang kayu, dinding dan lantai papan dan beratapkan zink, berbentuk seperti rumah panjang atau balai. 

NAMA GURU BESAR PERTAMA :-
Tn. Hj. Md. Noh Bin Abdullah (2 Mei 1925 hingga 1926 ) 



TARIKH PERASMIAN & PERASMI :-
4Januari 1931, dirasmikan oleh Tuan Penguasa Pelajaran Johor pada masa itu.



NAMA SEKOLAH SELEPAS PERASMIAN :-
Sekolah Kebangsaan Merlong





PERISTIWA BERSEJARAH :

Pertama
Sekolah Bangunan Kampung 1, telah dirasmikan oleh Sultan Ibrahim (Sultan Johor pada masa itu)

KeduaBangunan sekolah pernah dijadikan Markas Tentera Jepun pada tahun 1942 ketika Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (Persekutuan Tanah Melayu).


ANTARA MURID-MURID TERKEMUKA :-

1) YB En Jalok B. Daeng Malibok (wakil Rakyat Kawasan Rengit)
2) Mahadi Bin Abd. Latif (Jurutera0
3) Farid Bin Hj Alias (Pengarah Landscape Kukup Golf Resort)
4) Hj Ayob Bin Hj Mohamad (Guru Besar SK Bandar)
5) Zulkifli Bin Mustaffa (Guru Besar SK Parit Kemang)
6) Lain-lain ( Ada tetapi sumber tidak diperolehi / direkod )


PENYERTAAN :-

Pertama

SK Merlong terkenal dengan Catur sebagai sukan watak. Bermula pada era 1990an lagi, SK Merlong sudah berjaya menempatkan diri dalam apa jua pertandingan catur sama ada di peringkat zon, daerah, negeri dan sekarang ini ke peringkat MSSM. 

KeduaPada tahun 2000, seorang murid SK Merlong,Hanisah Bt Hashim telah berjaya melayakkan diri mewakili Negeri Johor ke MSSM di Perlis (7-12 JUn 2010) kerana berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan P (12) di MSSJ di Kulaijaya.

KetigaSK Merlong juga dikatakan salah sebuah sekolah yang digeruni di Zon Rengit dan daerah dalam arena sukan Bola Sepak pada suatu masa dahulu.




DI SEBALIK PENTADBIRAN :-

Pertama

Mengikut Laporan Nazir Persekutuan dalam laporannya pada 8 September 1969, Bahagian Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Merlong amatlah memuaskan.
Kedua

Pencapaian adalah sangat baik dalam Penarafan Sijil Audit 2008 berdasarkan Pengurusan Kewangan Sekolah.


DI SEBALIK KURIKULUM :-

Pertama
Dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5, 1967 SK Merlong mendapat 78% kelulusan (tempat pertama dalam Daerah Batu Pahat). 
Kedua

Murid cemerlang 5A pada tahun 1996(seorang) dan 1998 (seorang)
Ketiga

Anugerah Lonjakan Sekolah Kurang Murid keputusan UPSR 80% Tahun 2009 


DI SEBALIK KOKURIKULUM :-

Pertama
Kumpulan Pengakap Kanak-Kanak ditubuhkan pada tahun 1954.
Kedua

Kumpulan Puteri Islam ditubuhkan sekitar tahun 1970an.
Ketiga
SK Merlong adalah sebuah sekolah yang pernah digeruni di Zon Rengit dan daerah dalam sukan Bola Sepak pada masa dahulu.




MENYINGKAP FOTO BERSEJARAH SEKOLAH

Di tapak yang sama telah dibangunkan sebuah Sekolah Bangunan Kampung 1 (1925-1930).Kemudian diganti dengan bangunan kerajaan pada 1 Oktober 1930. Pada 16 Februari 1953, bangunan tersebut sekali lagi telah digantikan dengan Bangunan Sekolah kerajaan seperti gambar di atas.


Bangunan Kampung 1 telah didirikan dengan bantuan orang-orang kampung secara bergotong-royong diketuai oleh Allahyarham Penghulu Hitam bin Abd. Rahman. Terbinanya bangunana ini adalah tanda yang menunjukkan bahawa beliau adalah Penghulu di situ. 

Melalui waris yang ditemubual iaitu En. Mohd Sith bin Abd Rahman (cucu kepada Allahyarham Penghulu Hitam) berkata, bahawa beliau mewasiatkan kepada generasinya agar setiasa menjaga dan memerhati sekolah tersebut kerana  tujuan sekolah ini ditubuhkan adalah untuk anak-anak, cucu-cucu beliau dan juga orang-orang kampung. Dahulunya sekolah Bangunan Kampung I ini,  digunakan untuk murid Darjah 1 hingga 4 sehinggalah digantikan dengan Sekolah Bangunan Kerajaan masih digunakan untuk muri yang sama.

Pada tahun yang sama juga tertubuh sebuah rumah guru,bangunan kerjaan di atas tapak tanah yang sama. Pembukaan rasminya telah disempurnakan oleh Tuan Penguasa Pelajaran pada masa itu (Bangunan Kerajaan dan Rumah Guru).


Apabila murid telah bertambah bangunan sekolah kampung II telah didirikan bagi menampung pertambahan murid dan bangunan tersebut untuk digunakan sebagai kelas murid Darjah 5 dan 6. Pada masa itu, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sendiri telah merasmikan Bangunan Sekolah Kampung II ini. Tetapi akhirnya bangunan ini dirobohkan sekitar tahun 1960-an.


" Menurut En. Mohd Sith Bin Abd. Rahman iaitu cucu kepada Allahyarham Penghulu Hitam, Sultan Ibrahim sendiri telah merasmikan sekolah SK Merlong sekitar tahun 1935. Manakala sumber yang lain pula mengatakan melalui catatan En Ahmad Bin Dahlan (Guru Besar tahun 1974), pembukaan rasminya adalah pada 4 Januari 1931, disempurnakan oleh Tuan Penguasa Pelajaran Johor pada masa itu. Kesahihannya tidak dapat dipastikan memandangkan gambar sebagai bukti tidak dapat disertakan. Kebanyakan rekod dan catatan telah musnah ketika zaman pendudukan tentera Jepun di mana sekolah ini dijadikan markas tentera Jepun," 

 Gambar : Laluan pertama sekolah melalui titi kecil

Bangunan fasa 2/Bangunan B dibangunkan pada 16 JUn 1968 dengan terbinanya sebuah Sekolah Kebangsaan Merlong yang mana bangunan kerajaan telah menggantikan bangunan kampung.


13 Oktober 1968
Sekolah Kebangsaan Merlong (Sekolah B) mula ditempatkan. Murid-murid belajar 3 aliran darjah

1 November 1968
Mula terbinanya Bilik Pejabat Guru Besar (sementara) di bangunan Sekolah A iaitu Bilik Stor yang dijadikan Bilik Pejabat.

5 Disember 1968
Bilik Pejabat Guru Besar dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai kerana sebab-sebab keselamatan harta yang bernilai. 2 buah almari besar disediakan untuk almari perpustakaan.

7 Ogos 1968
Terbinanya sebuah Bilik Sains dalam bangunan kampung sementara.

1 Mac 1968 
Bilik Sains diperluaskan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran di Bangunan Rumah Guru kerana guru tidak menduduki rumah tersebut.

Peristiwa selepas tarikh ini tidak dapat dijelaskan oleh kerana tiada sumber atau maklumat atau catatan terperinci tentang sekolah.

Gambar bersejarah yang lain sekitar Bangunan Fasa 2 :

Gambar kenangan bersama Guru Besar En Ahmad Bin Dahlan sekitar 
tahun 1974 

Sekitar tahun 1980an

Sekitar 1970an & akhir


Papan tanda di pintu masuk sekolah suatu ketika dulu ketika 
dipimpin oleh Guru Besar Tn. Hj. Ramly Bin Yusoff

Bangunan yang digunakan oleh guru-guru dan murid-murid pada masa kini adalah bangunan baru setinggi 4 tingkat yang siap dibina pada tahun Disember 2002.     
Di awal pembinaan fasa 3 (2002)    
Sekitar tahun 2002 hingga 2005    
Bangunan baru ini telah diduduki hampir 7 tahun semenjak pembinaannya. Banguna sekolah ini dilengkapi dengan prasarana dan kemudahan yang lebih baik berbanding dengan bangunan sekolah di tapak yang lama.    
Aras bawah terdiri darpada makmal sains, bengkel kemahiran hidup, bilik perkembangan staf, bilik SPBT, stor sukan. Aras 2 pula terletaknya pejabat,makmal komputer, kelas Tahun 1 dan Tahun 6. Bilik guru, bilik mesyuarat, kelas Tahun 2, 3 dan 4 di Aras 3. Di Aras 4 pula terletaknya perpustakaan, bilik tayang, bilik muzik dan kelas Tahun 5. Setiap aras disediakan tandas untuk kemudahan murid dan guru tetapi hanya tandas di aras bawah dan aras 2 sahaja digunakan. Tapak perhimpunan juga disediakan dan padang sekolah masih dikekalkan di tempat yang lama iaitu di bahagian hadapan sekolah.    
" Sesungguhnya pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih terutama kepada
cucu Allahyarham Penghulu Hitam Bin Abdul Rahman iaitu En Mohd Sith Bin Abdul Rahman yang banyak membantu melengkapkan edisi sejarah sekolah ini. Kalungan penghargaan juga buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung,"      
 
    
          
         
         






READ MORE- Sejarah Sekolah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...