Permulaan diminta Guru Besar Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj untuk mengubah keadaan Bilik Mesyuarat SK Merlong mendapat pelbagai reaksi di kalangan warga guru SK Merlong. Namun, apa jua kerja yang dilakukan pada asalnya dianggap sukar dan tidak boleh. Akhirnya menjadi 'boleh'. Setuju tak? Hidup harus sentiasa positif.
Terkadang sempat berfikir sejenak :-
"Mungkin Guru Besar berniat ingin menghasilkan yang terbaik dan mengubah ke arah kebaikan.....hasilnya, kita semua juga nikmati bersama. Ye tak rakan-rakan?,"
Ya, tidak dinafikan sebahgian warga guru di SK Merlong sebenarnya dikurniakan bakat semulajadi mengasah kreativiti bagi melakar keceriaan yang diharapkan Guru Besar dalam menampilkan Bilik Mesyuarat yang terbaik pada mata pelawat yang bakal hadir untuk Mesyuarat Setiausaha Peperiksaan Zon Senggarang Rabu
( 9.2.2011 ) ini.
Meski pelbagai rungutan dan rasa kesusahan terpendam dalam diri, namun akhirnya saya mengakui sendiri bahawa gerak kerja berkumpulan sememangnya memberikan hasil yang terbaik. Malah pembahagian gerak kerja dan sifat tidak berkira serta saling tolong-menolong menjadi tonggak asas kejayaan menceriakan Bilik Mesyuarat SK Merlong 2011 ini.
Tahniah buat Pengerusi Bilik Mesyuarat Pn Che Mah Bt Hassan dan jawatankuasanya yang banyak bertungkus lumus menjayakan sesi tata rias sepertimana diharapkan. Buat para pekerja juga, ucapan jutaan penghargaan di atas jasa baik kalian membantu sepanjang gerak kerja dijalankan.
Antara sedar, selaku warga kerja SK Merlong yang menyaksikan pengorbanan para guru yang sanggup bersengkang mata hadir petangnya menghiaskan Bilik Mesyuarat, mengorbankan masa cuti sekolah menghabiskan gerak kerja yang diamanahkan serta ada yang menawarkan diri antara satu sama lain meringankan beban sesama warga kerja sungguh mengharukan sanubari saya.
Guru Praktikum, En Sharifuddin sedang membantu gerak kerja akhir
pemasangan 'kata-kata hikmat' di dinding
0 comments:
Post a Comment