Detik-detik persiapan bagi sambutan maulidur rasul sesi 2011 kali ini begitu dirasai. Apa tidaknya....pelbagai persiapan digembeleng warga kerja program demi menjayakannya. Paparan gambar mungkin menceritakan segala-galanya.
Perjalanan majlis pada pagi yang penuh bahagia ini berjalan seperti biasa dengan perarakan sambil berselawat ke atas nabi oleh warga SK Merlong jam 7.30 pagi bermula dari pintu masuk sekolah sehingga perkarangan kantin SK Merlong. Sekitar jam 8.00 pagi, para hadirin yang terdiri dari ibubapa yang hadir bagi mendengar ceramah telah memenuhi ruang legar kantin dimana tempat majlis dijalankan.
Tepat jam 8.00 pagi, alunan bacaan ayat-ayat suci alquran oleh Adik Md Idham Bin Omar menyerikan permulaan majlis selepas doa dibaca oleh En Ardinorhasairwan B. Alias.
Tika jam 8.10 pagi, ceramah berkaitan Maulidur Rasul menyusul oleh Al Fadil Ustaz Syamsul Rizalaris Bin Abd Hamid iaitu Imam Masjid Jamek Yong Peng. Beliau telah menyampaikan pengenalan dan unsur-unsur kebaikan yang ada pada peribadi rasulullah kepada murid-murid dengan penuh penghayatan. Intipati ilmu yang diberikan banyak memberi manfaat selaras dengan pendekatan majlis yang dijalankan hari ini.
Penyampaian ceramah berakhir pada jam 9.30 pagi rentetan penceramah terpaksa berkejar ke majlis seterusnya di tempat yang berdekatan. Cenderahati dan bingkisan jamuan yang disediakan telah disampaikan secara peribadi oleh Guru Besar Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj mewakili warga sekolah kepada tuan penceramah sebelum beliau berangkat keluar.
Majlis tetap dilanjutkan dengan acara persembahan nasyid dari murid-murid Tahun 4 diketuai oleh Adik Farah Afiqah Bt Shariff sempena maulidur rasul. Dua lagu yang dibawakan mereka bertajuk 'InsyaAllah' dan 'Ya Nabi Salamun 'Alaik'.
Berakhirnya persembahan nasyid itu tadi, maka para hadirin terdiri dari ibu bapa dijemput ke perkarangan kantin Sek Agama Merlong bagi menikmati jamuan makan ala dulang yang disediakan.
Manakala murid-murid pula meneruskan sesi kuiz sempena Maulidur Rasul bersama Ustazah Suhaila Bt Harun di kantin.
Kala denting jam menunjukkan 10.40 pagi, maka semua murid diarahkan beratur menuju ke laluan perkarangan kantin Sek Agama Merlong untuk menikmati hidangan dulang yang disediakan. Kawalan murid ketika ini dipantau oleh warga guru yang bertugas.
Setelah lama menanti perut untuk di isi, akhirnya murid-murid menikmati hidangan yang disediakan dengan penuh selera yang mana 1 dulang dikongsi 4 orang murid. Menu yang disediakan hari itu adalah
Acara jamuan tadi menutup agenda majlis pada hari ini yang mana murid-murid dibenarkan pulang awal bersama ibu bapa yang hadir. Berkat telah diberikan kepada para penyumbang program ini dan seluruh ahli warga kerja yang terlibat.
Jutaan terima kasih tak terhingga buat semua warga kerja yang terlibat sama ada secara langsung amhupun tidak langsung bermula dari acara rewang pada 18 Februari. Jua kepada Jawatankuasa PIBG yang sudi menghadirkan diri meringankan beban warga kerja sekolah amnya. Allah sahaja yang bisa membalas jasa kalian.
0 comments:
Post a Comment