Blog ini masih lagi dalam proses updating. Salam kunjungan buat semua ke blog sekolah kami. Sokongan anda untuk menjadi follower, sign our guestbook, leave a message at shoutmix & feel free to leave a comment post amat dihargai. Updating akan dibuat secara mingguan oleh editor.

School Blog GuestBook

Saturday, February 26, 2011

LDP Fasa 1 SK Merlong --> 'Plan J'


Pada 26 Februari 2011 telah dijalankan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Fasa 1 khas buat para pendidik SK Merlong bertempat di Bilik Mesyuarat SK Merlong.

LDP Fasa 1 telah menekankan kepada tajuk 'Plan J' atau lebih dikenali sebagai Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor. 


 APA ITU PLAN J?

Plan-J ialah Garis Panduan untuk menentukan jumlah minimum Latihan Akademik Murid bagi mencapai aras pembelajaran optimum  mengikut potensi mereka.


APA MATLAMAT PLAN J?

Mengingatkan kepada pihak sekolah bahawa latihan akademik yang cukup, sesuai dan konsisten mesti dibekalkan kepada murid bagi setiap topic mata pelajaran
Memastikan penjajaran kurikulum berlaku iaitu latihan akademik murid menjadi fokus guru sebagaiman penulisan buku rekod dan pelaksanaan P&P dalam bilik darjah. 
 Menyediakan garis panduan asas kepada guru mata pelajaran untuk menentukan jumlah latihan akademik paling minimum berdasarkan potensi murid masing-masing



LDP ini telah dimulakan dengan sesi pendaftaran oleh para pendidik di Bilik Mesyuarat SK Merlong. Nyatanya, semua guru hadir ketika LDP berjalan.





Setelah itu, bacaan doa telah dilafazkan oleh En Ardinorhasirwan B. Alias GPK HEM SK Merlong bagi LDP yang dijalankan.





Guru Besar Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj dan GPK 1 Pn Indati Bt Jaafar bersama berganding bahu mengendalikan sesi LDP Fasa 1 ini dengan penerangan berdasarkan slide power point dan panduan buku yang dilampirkan buat para guru.





Sesungguhnya penerangan, penjelasan dan pelaksanaan yang telah disampaikan oleh penceramah iaitu Guru Besar dan GPK 1 itu tadi banyak memberi input dan membantu menjawab segala persoalan guru berkaitan Plan J bagi menjaga standard akademik negeri Johor. 



Sesi soalan dan pertanyaan di buka secara umum ketika sesi LDP berjalan. Para guru menunjukkan kesungguhan untuk memahami akan pelaksanaan Plan J tersebut. 



Malah, Guru Besar Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj sendiri telah menunjukkan contoh hasil fail dan keperluan yang perlu diadakan para guru demi menyahut pelaksanaan Plan J ini ketika sesi LDP.




Di akhir sesi LDP, para guru diminta mengisi borang penilaian bagi menilai keberkesanan sesi LDP yang dijalankan. Jika terdapat kekhilafan, maka pembaikian boleh dijalankan pada sesi LDP akan datang.

Semoga dengan adanya LDP Siri 1 ini akan meningkatkan kredibiliti dan amanah guru untuk merancang standard pendidikan yang jelas bagi membantu murid-murid mengikuti akademik pada tahap keupayaan mereka.




Sekalung budi & rantaian penghargaan buat Pn Indati Bt Jaafar (GPK 1) dan
Guru Besar (Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj) atas kendalian LDP Fasa 1 ini.





Palitan Tinta Maya,








0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...