Blog ini masih lagi dalam proses updating. Salam kunjungan buat semua ke blog sekolah kami. Sokongan anda untuk menjadi follower, sign our guestbook, leave a message at shoutmix & feel free to leave a comment post amat dihargai. Updating akan dibuat secara mingguan oleh editor.

School Blog GuestBook

Saturday, March 26, 2011

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlong kali ke-36


Seperti tahun-tahun yang lalu, Mesyuarat Agung PIBG SK Merlong diadakan pada sebelah petang. Namun pada sesi 2011 ini merangkap Mesyuarat Agung PIBG SK Merlong kali ke-36, pelaksaannya diubah kepada sebelah pagi sabtu dan tarikh diplih pada 26 Mac 2011 sebaik sahaja selesai cuti persekolahan sesi mac.



Kehadiran ibu bapa pada kali ini amat memberansangkan berbanding keadaan sebelum ini. Guru Besar baru sesi 2011 Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj melahirkan rasa gembira atas perkembangan tersebut.


Pengerusi Majlis (MC) pada program ini digalas oleh Cikgu Amirul Fahmi (Guru Praktikum) yang bermula jam 8.40 pagi dengan bacaan doa oleh En Ardinorhasairwan Bin Alias dan alunan ayat suci Alquran oleh Adik Md Idham Bin Omar (Tahun 4). 


Sesi ucapan buat kali pertama oleh Guru Besar Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj menyaksikan sepenuhnya tumpuan para ibu bapa akan teks pengisian yang cukup menyentuh dan memberi ilmu. Menyusul selepas itu adalah ucapan perasmian oleh YDP PIBG SK Merlong 2010/2012 iaitu En Shariff Bin Malek yang menyokong perjuangan dan perubahan baru yang sedang dibuat oleh pihak sekolah.

Mesyuarat Agong telah dimulakan selepas selesai sahaja sesi ucapan tersebut dan dikendalikan sendiri oleh YDP PIBG SK Merlong 2010/2012  En Shariff Bin Malek dan Timbalan YDP PIBG En Jasmin Bin Kilion. 




Perbentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Merlong ke-35 telah diulas oleh Setiausaha Agong PIBG 2010/2012 Pn Fazlina Bt Rosli dan ia disokong oleh En Mohd Shah Bin Ahmad & disokong oleh Pn Zuliha Bt Kasmin. 

Begitu juga perbentangan oleh Bendahari Agung PIBG 2010/2012 Pn Rohanizah Bt Arashad yang telah menyampaikan butiran kewangan sesi 2010 hingga kewangan yang berakhir 26.3.2011. Pada sesi ini, beberapa soalan telah diajukan yang meminta kewangan dikemas kini akan kiraannya dan ia telah diperbaiki oleh Bendahari selepas mesyuarat selesai.

Sebanyak 4 usul telah di lontarkan oleh wakil ibu bapa. Antaranya adalah seperti berikut :-

USUL 1 OLEH EN SHARIFF BIN MALEK


Pihak sekolah mengadakan Hari Bertemu Ibu Bapa pada hari dan waktu yang sesuai untuk pendidikan.


Pihak sekolah memanggil ibu bapa kepada murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran / disiplin sekolah

Cadangan : Tempat hantar anak bagi ibu bapa bersebelahan sekolah lama dengan pembelian batu kasar (sumbangan ibu bapa diperlukan)

Penurapan semula jalan SK Merlong perlu tandatangan / sokongan ibu bapa untuk dimajukan kepada yang berkenaan.

USUL 2 -  Pn Kamisah Bt Md. Salleh (Kg Sg Merlong)

Pelajar darjah 5 dan 6 dilebihkan kelas tambahan dalam masa cuti penggAL
  • Tidak boleh dibentangkan lanjut kerana pengusul tidak hadir mesyuarat
 
Usul 3 daripada En Md Yazid Bin Kamri (Taman Ria 2, Rengit)

Mewujudkan satu tabung khas melalui kutipan derma oleh ibu bapa ala walkhaton untuk keceriaan sekolah 

Usul 4 daripada Pn Siti Noraidah Bt Suboh (Kg Sg Merlong)

Pihak guru yang membuat kelas tambahan diharap agar menetapkan masa pulang yang tepat dan tidak membuat penjaga menunggu anak terlalu lama

Murid-murid Tahun 6 dikurangkan masa / aktiviti Pendidikan Jasmani agar mereka diberi penekanan belajar pada mata pelajaran yang sukar terutama murid-murid yang dikenal pasti lemah.

Setiap usul yang diajukan telah dijawab dengan baik oleh pihak sekolah dan wakil Jawatankuasa Agung PIBG SK Merlong 2010/2012 sepertimana terkandung pada catatan minit mesyuarat oleh Setiausaha Agung PIBG yang telah dihantar ke PPD awal April 2011 ini. 



Sebaik sahaja sesi mesyuarat selesai, maka sesi cabutan bertuah telah diadakan untuk ibu bapa dan guru-guru yang hadir pada mesyuarat. Di akhirnya adalah upacara penyampaian hadiah kepada Perasmi Mesyuarat iaitu YDP PIBG SK Merlong 2010/2012 En Shariff Bin Malek yang telah disampaikan oleh Guru Besar Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj.


Para hadirin telah dibekalkan bungkusan makanan pada sesi jamuan. Majlis secara rasminya berakhir pada jam 11.45 pagi.

KOLEKSI GAMBAR TERPILIH 

phewitt, senyum sokmo depa :-)

Apa agaknya yang membuatkan cikgu zalela ketawa tu ye?

pose istimewa (pn roha & pn suhaila)-manja gitu :-)

Jutaan terima kasih tidak terhingga pada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung pada sesi mesyuarat kali ini. Semoga segala kekurangan dan kesulitan yang berlaku ditambah baik lagi pada masa akan datang hendaknya.



Pena Tinta Maya,





 



READ MORE- Mesyuarat Agung PIBG SK Merlong kali ke-36

Thursday, March 24, 2011

Mesyuarat Kajian Tindakan Guru-guru Zon Senggarang 2011


Pada hari Rabu 24.3.2011 SK Merlong telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Kajian Tindakan Guru-guru Zon Senggarang 2011. Ini adalah kerana Pengerusi Kajian Tindakan Zon Senggarang pada tahun ini diambil alih oleh Guru Besar SK Merlong yang baru iaitu Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj.


Pihak SK Merlong sesungguhnya berbesar hati mengalu-alukan kehadiran warga guru Zon Senggarang untuk berkunjung ke sekolah sambil bermesyuarat di Bilik Mesyuarat dengan penghawa dingin yang siap sedia menanti tetamu.


Sesi pendaftaran bermula jam 2 petang disusuli bacaan doa pembuka majlis oleh En Ardinorhasairwan Bin Alias. Kemudian ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Mesyuarat Kajian Tindakan Pn Hjh Zainah Bt Hj Sira diteruskan.




Pn Indati Bt Jaafar Guru Pen Kanan 1 SK Merlong telah diberi amanah untuk menyampaikan cara pelaksanaan kajian tindakan yang perlu digerakkan oleh guru-guru di zon senggarang amnya. 


Buku Kepilan Kajian Tindakan telah diberikan kepada setiap wakil guru-guru Zon Senggarang yang hadir pada mesyuarat ini. 


Sesi pembugaran minda bersama para guru Zon Senggarang diadakan sebelum menutup sesi mesyuarat. Pelbagai soalan telah diajukan oleh wakil-wakil guru sekalian. 


Pengerusi Kajian Tindakan Zon Senggarang Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj telah mengingatkan wakil guru-guru Zon Senggarang untuk memastikan tugasan yang dberikan dihantar pada tarikh yang ditetapkan.


Jamuan mengakhiri mesyuarat pada hari ini. 


Kilasan fotografi menutup tinta maya :-







Corat-coret Tinta,

READ MORE- Mesyuarat Kajian Tindakan Guru-guru Zon Senggarang 2011

Tuesday, March 22, 2011

Wajah Baru SK Merlong-Part (1)


Selama 3 bulan sehingga Mac ini,Puan Hjh Zainah Bt Hj Siraj Guru Besar baru SK Merlong berada di sekolah ini....


Beliau telah memperlihatkan beberapa pembaharuan wajah SK Merlong...

Pihak Team Editorial ingin 
melakarkan gambar di sini
untuk tatapan pengunjung blog khasnya

 pintu masuk sekolah di cat baru

 mini air terjun di pejabat

 Gerbang muka depan banner 
(dapat dilihat dr pintu masuk sekolah)


Perubahan Bilik Mesyuarat (edisi 1)

Garapan perubahan kantin sekolah

Paparan pelekat gambar dilaksanakan

Dokumentasi buku (jika ada lawatan tentang profil sekolah)
Dijayakan oelh : Cikgu Rosfarahidayana & Cikgu Fazlina

Piagam Sekolah

Target Sekolah 2011 (Azam Guru Besar Tahun 6 2011)

 Nyatanya, segala hasil yang dipertontonkan....
tidak akan dapat disempurnakan jika tiada kerjasama
dari warga SK Merlong amnya.



Syabas buat semua guru,staf & para pekerja yang
banyak membantu menjayakan edisi perubahan ini.

Edisi bakal bersambung lagi....Nantikan dr masa ke semasa....
Usaha berterusan dari Guru Besa serta warga sekolah
demi menceriakan wajah sekolah ini.

Doakan kami hendaknya.......... :-)

  

Tinta Pena Ketua Editor,



READ MORE- Wajah Baru SK Merlong-Part (1)

Monday, March 21, 2011

Bantuan Dana Kewangan 'Amat Diharapkan'


Permasalahan ini sudah lama ditimbulkan sehingga penghantaran surat oleh PIBG ke YB Adun Rengit sejak tahun 2009 lagi. Malah pihak sekolah juga telah meneruskan usaha melaporkan permasalahan penyelenggaraan dari masa ke semasa dan juga masalah jalan masuk serta pagar depan sekolah yang rosak kepada PPD Batu Pahat.

Masalah-masalah ini hanya bisa dijelaskan melalui gambar yang menyatakan bukti segalanya :-

JALAN BERLOPAK, BILA HUJAN, BERTAKUNG AIR







ATAP BILIK PEMULIHAN BOCOR SEJAK 2009 
(BANJIR MENCECAH 2 RUANG TENGAH SYILING)




PAGAR DI PINTU DEPAN MASUK SEK RUNTUH




LANTAI RETAK ( CTH 1 JE DI BILIK TAYANG....BANYAK LAGI TEMPAT
LAIN YG PERNAH DITIMPA BEGINI SEPERTI LANTAI KANTIN, 
LANTAI BILIK GURU BESAR DLL)


SYILING KANTIN YG RUNTUH SPRTI GAMBAR DI KANTIN SEKOLAH
MUNGKIN MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN MURID



Apa yang pasti sehingga kini...masih tiada usaha yang sewajarnya diperlihatkan. Maka, ia akan dibincangkan dalam mesyuarat agung pibg yang akan datang ini. Diharapkan jalan penyelesaiannya akan sampai juga ke titik yang diharapkan sementara menanti bantuan.

Sesungguhnya dana kewangan amatlah diharapkan dari anda terutamanya bekas-bekas warga SK Merlong yang telah bekerja kini & juga pihak-pihak yang sudi membantu dalam apa jua bentuk bantuan.


Keprihatinan anda amatlah kami hargai demi kerukunan, keamanan & keselamatan warga sekolah amnya.






Palitan Tinta Prihatin,


READ MORE- Bantuan Dana Kewangan 'Amat Diharapkan'

Sunday, March 20, 2011

Menggamit Jejak Bakat Catur Sekolah Sesi 2011


Atas semangat dan usaha agar terus menaikkan nama SK Merlong yang terkenal dengan watak caturnya dalam edisi permainan yang diungguli....Maka, pada tahun 2011 ini, GPK Kokurikulum Cik Rosfarahidayana Bt Moliadi bersama dengan warga guru yang terlibat dengan permainan catur telah mengadakan beberapa siri pertandingan catur peringkat sekolah bermula pertengahan Januari-Februari lalu.




Acara saringan separuh akhir pula telah diteruskan seminggu sebelum cuti pertengahan penggal persekolahan 9 Mac 2011. 



Kemuncaknya, 4 orang murid terpilih telah mewakili sekolah ke Kejohanan Catur peringkat Zon Senggarang baru ini pada Jumaat 25 Mac 2011.....

Nak tau keputusannya??? :-)
Siapakah yang terpilih???
Menang @ kalah? Dapat wakil zon ke???


Nantikan edisi entry seterusnya ya :-)




Coret Tinta Maya,


READ MORE- Menggamit Jejak Bakat Catur Sekolah Sesi 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...