Blog ini masih lagi dalam proses updating. Salam kunjungan buat semua ke blog sekolah kami. Sokongan anda untuk menjadi follower, sign our guestbook, leave a message at shoutmix & feel free to leave a comment post amat dihargai. Updating akan dibuat secara mingguan oleh editor.

School Blog GuestBook

Saturday, February 12, 2011

Larian Perdana Mahkota Johor / Kejohanan Merentas Desa 2011


Pada hari Sabtu 12 Februari 2011 telah berlangsungnya Larian Perdana Mahkota Johor dan Kejohanan Merentas Desa SK Merlong 2011 bertempat di Padang SK Merlong. Program ini dasarnya diharpkan dapat membentuk sahsiah murid supaya berdisiplin, merapatkan hubungan silaturrahim antara sekolah dan masyarakat dan menghidupkan komuniti yang sihat dan cergas.


Program yang mensasarkan semua murdi SK Merlong termasuk murid-murid Pra Sekolah serta ibu bapa dan penjaga ini telah berlangsung dengan semangat kesukanan yang utuh.



Seawal jam 7.30 pagi lagi pendaftaran telah dijalankan di perkarangan dataran Sek Agama Merlong berdekatan padang sekolah yang mana murid turut diberikan kad nombor untuk ambilan makanan. Sorak sorai murid dan keceriaan terpapar di wajah ibu bapa yang hadir bagi menyokong usaha program ini. Malah anggota kerja program juga siap sedia menjaga keselamatan sudah ada di tempat yang diarahkan ketika jam meniti pukul 8.00 pagi.




Guru Besar Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj juga antara individu yang dilihat begitu tekun memantau perjalanan program dengan gayanya yang mencuit hati para hadirin. Namun, diucapkan syabas kerana beliau sentiasa menunjukkan sikap ramah dan kesungguhan untuk bersama dalam apa jua program yang dijalankan. Ini amat menggembirakan warga SK Merlong khasnya.



 

Aktiviti pemanasan badan dijalan mengikut kumpulan rumah iaitu biru, merah, kuning dan hijau. Perhimpunan bagi acara perasmian dijalankan selepas itu dan majlis dikendalikan oleh Pn Fazlina Bt Rosli. 


Alhamdulillah perasmian program selamat meniti jua oleh YDP PIBG SK Merlong En Shariff Bin Malek

Sejurus selesai perasmian, kelihatan ibu bapa dan murid-murid sudah tidak sabar meneruskan program yang julung kalinya diadakan di SK Merlong ini. Para peserta telah dilepaskan bermula dari pintu masuk SK Merlong oleh perasmi iaitu YDP PIBG SK Merlong En Shariff Bin Malek. 


Para peserta perempuan dilepaskan dahulu dan diikuti oleh peserta lelaki melalui jalan hadapan mula masuk sekolah sehingga kawasan kampung Sg Merlong. Checkpoint telah diletakkan di lokasi yang diperjelaskan dalam taklimat murid. Malah anggota RELA, pihak polis balai dan warga kerja kampung dan PIBG banyak membantu melancarkan perjalanan larian dan mengawal keselamatan murid.



Penuh semangat melihat wajah anak didik yang tiba di garisan penamat. Meski penat dan keletihan, namun bagi jawatankuasa program, kami merasakan bahawa peluang sebegini buakn mudah ditempa anak didik di SK Merlong. Diharapkan mereka gembira melalui pengalaman larian ala merentas desa ini.








Acara jamuan meniti selepas itu. Apa tidaknya riak kepenatan jelas kelihatan di wajah anak-anak didik SK Merlong dan warga kerja program. Menu yang disediakan hari ini adalah bihun goreng dan air mineral. 


Upacara penyampaian hadiah dijalankan ketika jam menunjukkan pukul 10.30 pagi oleh YDP PIBG SK Merlong En Shariff Bin Malek diiringi Guru Besar Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj. 


Akhirnya, Guru Besar Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada YDP PIBG SK Merlong En Shariff Bin Malek selaku perasmi sebagai penghargaan.


Kesimpulannya, program telah berlangsung seperti masa yang ditetapkan. Terima kasih atas kerjasama semua pihak demi menjayakan program ini.

Fotografi Pilihan dari Team Editorial SK Merlong






Kalungan Tinta Pena,



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...