Blog ini masih lagi dalam proses updating. Salam kunjungan buat semua ke blog sekolah kami. Sokongan anda untuk menjadi follower, sign our guestbook, leave a message at shoutmix & feel free to leave a comment post amat dihargai. Updating akan dibuat secara mingguan oleh editor.

School Blog GuestBook

Friday, February 25, 2011

Kejohanan Balapan & Padang MSSC Senggarang kali ke 44 2011


Kejohanan Balapan & Padang MSSC Senggarang kali ke-44 2011 telah berlangsung pada 23 Februari hingga 24 Februari 2011 di SMK Tunku Mahmood Iskandar, Parit Saidi. 


Bagi menyertai kejohanan kali ini, pastinya jurulatih sekolah iaitu Cik Rosfarahidayana merangkap GPK Kokurikulum, dan Setiausaha Sukan Pn Rohanizah Bt Arashad, dibantu para guru praktikum bertungkus-lumus mengadakan sesi latihan berterusan bagi menampilkan para atlit terbaik yang sentiasa siap sedia dalam kejohanan tersebut.


Pada 23 Februari 2011 beberapa orang guru iaitu Pn Fazlina Bt Rosli, Pn Rohanizah Bt Arashad (Pengurus Pasukan), Pn Zalela Bt Othman (penjaga masa), Pn Che Mah Bt Hassan dan guru-guru praktikum (En Sharifuddin B. Mat Sah & En Amirul Fahmi Bin Yusup) telah mengiringi para atlit sekolah ke tempat kejohanan berlangsung. Doa dan berkat restu salam dilaksanakan terlebih dahulu di sekolah oleh para atlit bersama warga guru dan Guru Besar.


Pada hari pertama kejohanan berlangsung, banyak acara saringan dilakukan. Antara acara olahraga yang dipertandingkan dalam kejohanan ini ialah lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru,100m, 200m, 4x100m, dan 4x200m. 

Namun hanya beberapa acara terpilih sahaja dipilih oleh Jurulatih SK Merlong melihat kepada potensi dan bakat yang ada pada anak-anak murid SK Merlong tahun ini iaitu lompat jauh lelaki bawah 10 dan bawah 12,lompat tinggi lelaki bawah 12, lompat tinggi perempuan bawah 10 dan bawah 12, 100m lelaki bawah 10, 100m perempuan bawah 10 dan 12, 200m perempuan bawah 10 dan 12, 4x100m lelaki bawah 10 dan 12, 4x200m lelaki bawah 10 dan 12, 4x100m perempuan bawah 10 dan 12, serta acara 4x200m perempuan bawah 10 dan 12.


Ketika hari pertama kejohanan berlangsung, hanya acara lompat tinggi lelaki bawah 12, lompat jauh lelaki bawah 10 dan 12, lompat tinggi perempuan bawah 10 dan 12 yang tidak mendapat tiket untuk diteruskan ke hari kedua kejohanan akibat kegagalan para atlit.






Ketika hari kedua kejohanan diteruskan pada pagi 24 Februari 2011, para atlit meneruskan usaha mereka dalam acara yang layak dimasuki. Nyatanya, hanya atlit perempuan sahaja yang bertahan untuk dibawa ke pertandingan akhir petang 24 Februari 2011 iaitu 100m perempuan bawah 10 dan 12,200m perempuan bawah 10 dan 12, 4x100m perempuan bawah 10 dan 12, serta 4x200m perempuan bawah 10 dan 12.


Dugaan melanda atlit utama harapan sekolah iaitu Adik Nurul Syahirah Md Shah yang dikatakan kekejangan otot....Meski pelbagai reaksi kerisauan dan wajah menghiasi ruang khemah ketika ini. Namun, syabas atas kesungguhan jurulatih memotivasikannya dan buat Adik Nurul Syahirah....teruskan usaha dan bakatmu ini ya di masa akan datang. Jangan mudah berputus asa. Anggaplah setiap titik kegagalan mula sebagai penyambung rentak kejayaan.


Sesungguhnya syukur dipanjatkan pada illahi kerana 2 pingat berjaya dibawa pulang oleh atlit perempuan SK Merlong iaitu acara 4x100m & 4x200m perempuan bawah 12 dengan pungutan pingat perak.




Kejohanan  Padang & Balapan MSSC Senggarang 2011 ini telah ditutup rasmi oleh wakil kepada Pn Hjh Jamaliah Bt Hj Khamis,Pengerusi MPZ Zon Senggarang. 


Tahniah dan syabas kepada atlit perempuan bawah 12 yang berjaya mengharumkan nama sekolah. 

 Nurul Syahirah Md Shah (Tahun 6)

Sofiah Atiqah Abd Karim

Nurul Izzati Bt Borhan

Nurul Shahirah Mustafa
  
Bagi yang gagal, diharapkan berusaha lagi pada kejohanan 2012 akan datang ya. SK MERLONG BOLEH !!! :-)


POSE CANDID PILIHAN TEAM EDITORIAL BLOG 






Melarik Tinta Maya,






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...