Debaran penuh tak terkata seminggu sebelum sesi persekolahan bermula lantaran mendapat berita bahawa Pegawai JPN Johor bakal datang memantau situasi hari pertama di SK Merlong ini.
Kedatangan En Nordin, pegawai yang disebut-sebutkan muncul seawal jam 7.15 pagi bersama memeriahkan perhimpunan pertama bersama para guru dan murid-murid SK Merlong.
Nyatanya, saya dapat melihat warna-warna dan keletah ceria murid dan guru menghidupkan suasana dan semangat bagi memulakan sesi persekolahan baru Tahun 2011 ini. Apa tidaknya, apabila melalui kelas Tahun 1 sahaja di awal pagi, pelbagai situasi yang mengiringi anak-anak didik Tahun 1 yang sudah tak sabar bersama kawan-kawan baru dan ada sebahagiannya melonjak ria untuk belajar sekaligus tampil mencari peluang dalam orientasi Tahun 1 yang diadakan.
Alhamdulillah syukur dipanjatkan perhimpunan pagi 3 Januari ini berlangsung dengan jayanya melalui kerjasama warga SK Merlong. Malah kedatangan warga baru dalam edisi kamar pendidik SK Merlong diharapkan menyuntik semangat & aspirasi baru.
Keseluruhannya bila diselidiki akan hasil pemantauan Pegawai JPN iaitu En Nordin, beliau memuji dan berharap pihak sekolah terus berusaha demi kecemerlangan sekolah hendaknya pada masa hadapan.
0 comments:
Post a Comment