Blog ini masih lagi dalam proses updating. Salam kunjungan buat semua ke blog sekolah kami. Sokongan anda untuk menjadi follower, sign our guestbook, leave a message at shoutmix & feel free to leave a comment post amat dihargai. Updating akan dibuat secara mingguan oleh editor.

School Blog GuestBook

Sunday, May 1, 2011

Jangan Berkawan Dengan Mereka !

Pernahkah anda dengar seseorang merungut tentang sesuatu? Sudah tentu pernah bukan? Cuba ingat semula, apa yang mereka selalu rungutkan? Maksud saya, mereka asyik-asyik merungut tentang apa? Kerja banyak? Sakit hati dengan orang itu dan ini? Dianiaya? Itu dan ini tidak adil? Semua orang penipu dan pembelit? Pilih kasih?Senarai rungutan tentu tidak putus-putus bukan?

Saya percaya anda (tidak kira pelajar atau orang dewasa) sudah biasa mendengar rungutan daripada seseorang. Namun, apa yang mungkin anda tidak perasan atau kurang sedar ialah, orang yang selalu merungut itu adalah orang yang memang sentiasa merungut dalam hidupnya.

Mereka pergi kerja, merungut tentang bos yang terlalu ‘tegas’ dan tidak bertolak ansur. Jika bos mereka bertolak-ansur dan tidak tegas, mereka akan merungut mengatakan bos tidak ada ciri-ciri kepimpinan. 

Rungutan mereka ini membuat mata mereka tertutup yang di tempat kerja mereka terdapat 1001 perkara yang boleh membuat mereka bersyukur dan menarik nafas lega. (Percaya atau tidak, orang yang kuat merungut akan merungut tentang artikel saya ini dan mengatakan saya tidak lihat situasi sebenar di tempat kerja mereka. :-)   )

Pelajar yang kuat merungut pula akan merungut tentang infrastruktur sekolah (kerusi senget, almari buruk dan dewan macam pondok nenek kebayan), cikgu tidak pandai mengajar dan boring, buku teks terlalu tebal dan kawan-kawan sekolah yang tidak ada ‘CLASS’.Satu contoh mudah, jika anda atau kawan anda ada akaun facebook, buka dan lihat secara umum status kawan-kawan anda. Setiap hari anda akan terjumpa tulisan-tulisan status yang berbunyi rungutan, sumpahan,  keluhan, tidak puas hati, marah dan bermacam-macam lagi luahan negatif.

Kadangkala saya terasa pelik, adakah dengan merungut dan mengeluh begitu akan buat hidup mereka berubah?Mesej yang ingin saya kongsikan kali ini adalah ringkas sahaja. Jika anda kenal sesiapa yang kuat merungut, mengeluh dan menyalahkan orang lain terhadap sesuatu yang berlaku kepada mereka, JANGAN BERKAWAN DENGAN MEREKA!!

 
Namun, satu peringatan, maksud jangan berkawan bukan bermakna saya minta anda putuskan hubungan persahabatan atau persaudaraan dengan mereka. Maksudnya ialah jauhkan sedikit diri kita daripada mereka. Kita tentu masih ingat apa yang Ustazah dan Ustaz kita ajar semasa di sekolah mengenai perumpamaan berkawan dengan tukang besi dan penjual minyak wangi. Saya berani katakan dengan yakin bahawa apa yang kita belajar itu adalah benar.Berkawan dengan orang kuat merungut membuat kita juga mudah merungut. 

Kita mungkin tidak suka merungut tetapi disebabkan asyik mendengar orang merungut, kita turut rasa seronok merungut (aktiviti merungut seronok tetapi di dalam hati terasa panas dan bahu terasa beban yang amat berat).”Habis, kalau tidak merungut, saya hendak buat apa? Takkan nak biarkan begitu sahaja?”

Seorang guru agama mengajar saya, altenatif kepada merungut ialah
  • Beristighfar. Mohon keampunan daripada Allah kerana manalah tahu rasa hendak merungut itu datang daripada kesilapan atau dosa yang baru kita lakukan.
  • Maafkan kesalahan orang yang menganiayai diri kita dan anggap itu satu ujian Allah buat diri kita.
  • Fikirkan apakah hidayah/petunjuk atau pengajaran yang mungkin Allah mahu kita perolehi daripada sesuatu situasi itu.
Apa yang saya pelajari daripada buku-buku psikologi mengenai alternatif kepada merungut ialah
  • Duduk, tarik nafas dalam-dalam dan kosongkan fikiran. (Kosongkan fikiran dengan hanya fokuskan minda kepada bunyi pernafasan kita. Dengar bunyi udara yang masuk dan keluar).
  • Bayangkan situasi yang membuat kita hendak merungut seperti melihatnya di televisyen dalam minda.
  • Jika nampak situasi itu di dalam minda, gelapkan gambarnya dan kecilkan gambar tersebut sehingga tidak kelihatan lagi.
Apa yang saya sendiri simpulkan daripada semua ajaran ini mengenai alternatif kepada merungut ialah 

JANGAN BERKAWAN DENGAN ORANG 
YANG KUAT MERUNGUT!



Artikel oleh : 

 Pakar Motivasi 'Osman Affan'
READ MORE- Jangan Berkawan Dengan Mereka !

Selamat Menyambut Hari Pekerja - 1 Mei 2011


Sambutan Hari Pekerja 2011 akan diraikan pada Ahad ini. Hari Pekerja mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila ia mengisytiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum.

Mulai 1991, kerajaan turut menganjurkan Perhimpunan Hari Pekerja secara tetap setiap tahun sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara.


Perhimpunan yang disertai pekerja sektor awam dan swasta juga bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja.


Pada tahun ini, perhimpunan yang bertemakan 'Pekerja Merealisasi Transformasi Negara' akan diadakan pada 7 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Sebagai penghormatan kepada golongan pekerja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyampaikan amanat khas pada perhimpunan berkenaan.



SELAMAT BERCUTI
WARGA SK MERLONG



Corat-coret Pena,
READ MORE- Selamat Menyambut Hari Pekerja - 1 Mei 2011

'Jasamu Dikenang Cikgu Fahmi & Cikgu Sharifuddin'


Sempena Majlis Perpisahan 'Jasamu Dikenang Guru-guru Praktikum - Cikgu Fahmi & Cikgu Sharifuddin, pihak editorial ingin melayangkan beberapa coretan & tinggalan kenangan khas dari murid-murid SK Merlong khas buat kalian.

Semuanya hanya terjawab melalui jendela gambar :-

Saksikan keletah murid-murid ketika sesi melakarkan
Kad untuk Cikgu Fahmi & Cikgu Sharifuddin

Amboi, excited Wilma & Aqilah ya :-)

Klik gambar candid yg best hingga Shahrul mendongak

Hi, kenapa shahira je pandang atas. Yg lain khusyuk nya keja

Semangat murid Tahun 4 siapkan kad

Sampai terbaring-baring murid lelaki Tahun 5  cari idea hasilkan kad

Aduhai, Amir...senyum la sikit...sedih je tengok !

Sesi akhir untuk touch up kad tiba akhirnya

hm, pastinya ramai nak tengok hasil kreatif & inovatif murid-murid SK Merlong ni.
Apa kata, saksikan sahaja melalui paparan gambar-gambar di bawah :-

Ikhlas dari murid Tahun 2 untuk Cikgu Sharifuddin

Ikhlas dari murid Tahun 1 untuk Cikgu Fahmi

 Ikhlas dari murid Tahun 1 untuk Cikgu Sharifuddin

 Ikhlas dari murid Tahun 4 untuk Cikgu Fahmi

 Ikhlas dari murid Tahun 2 untuk Cikgu Fahmi

 Ikhlas dari murid Tahun 4 untuk Cikgu Sharifuddin

 Dari murid-murid Tahun 6

 Ikhlas dari murid Tahun 3 

Bagi memalit erti kenangan, kalungan fotografi akhir menjadi petanda
kemuncak sesi perpisahan pada hari ini

Cikgu Fahmi & Cikgu Sharifuddin bersama murid-murid Tahun 3

Cikgu Fahmi & Cikgu Sharifuddin bersama murid-murid Tahun 4

Cikgu Fahmi & Cikgu Sharifuddin bersama murid-murid Tahun5

Cikgu Fahmi & Cikgu Sharifuddin bersama murid-murid Tahun6






Melarik Tinta Maya,


READ MORE- 'Jasamu Dikenang Cikgu Fahmi & Cikgu Sharifuddin'

Saturday, April 30, 2011

Majlis Perpisahan Guru-Guru Praktikum (31.1.2011-29.4.2011)


Rintik hujan gerimis pawana,
Kalungan indah kalam ku tinta,
Majlis Perpisahan ungkapan warna,
Untuk Cikgu Amirul Fahmi & Cikgu Sharifuddin adinda kita.

Sesungguhnya permulaan kalian sampai di SK Merlong tanggal 31 Januari 2011 sememangnya amat dinanti-nantikan warga SK Merlong bagi melancarkan segala penyempurnaan gerak kerja yang sedang di titi. Malah, kehadiran kalian juga menambah rencah persahabatan dalam korum lelaki tunggal yang 
ada di SK Merlong.

Munculnya kalian berdua, menjadi peneman setia buat Cikgu Ardinorhairwan B. Alias. Jika dahulu, beliau berseorangan....bila kalian datang, bertiga kaum lelaki di sekolah ini, menambah meriah suasana yang sepi.

Majlis perpisahan yang direncanakan pada Rabu 27 April 2011 sesungguhnya adalah edisi khas mengenang jasa-jasa kalian di sini meski hanya 3 bulan cuma. Suasana sepi berlagu duka meski ada rintik hujan yang meniti pada hari tersebut. Namun majlis jamuan makan yang diatur jam 10.00 pagi bersama warga guru & pekerja sekolah dilihat amat bermakna. 

 Sibuknya Cikgu Zalela melayan di meja makan


Rancak berjalan sesi makan-makan di Bilik KH

 Hai, tengok apa tue Fahmi & Din..pantang tengok kamera ye???

Tirai majlis berunsurkan ucapan turut diadakan di ruang kantin sekolah disaksikan oleh murid-murid SK Merlong. 


Ucapan alu-aluan dimulakan oleh bonda tercinta Guru Besar SK Merlong Pn Hjh Zainah Bt Hj Siraj yang menyatakan kalungan terima kasih atas jasa kalian sepanjang berada di sekolah dan beliau amat mengharapkan kalian terus kekal di sini jika diizinkan Allah.

Begitu juga pada sesi slot ucapan kedua oleh Pengerusi Bilik Guru Pn Suhaila Bt Harun yang menyampaikan salam terima kasih dari seluruh warga guru & pekerja khas untuk kalian yang banyak membantu kami dalam apa jua kerja yang diberikan.

Malah, ucapan Guru Pembimbing Pn Zalela Bt Othman amat menyentuh hati meski ada canda gurau. Itu lah yang pasti memikat kalian untuk mengingati dirinya.


Ya, watak Guru Pembimbing yang bersahaja dalam ketegasan memungkinkan kalian menjadi guru praktikum yang terbaik selain usaha yang kalian titipkan.


Sesi ucapan oleh Cikgu Fahmi


Sesi ucapan oleh Cikgu Sharifuddin


Kemuncak majlis pada hari ini adalah edisi ucapan yang telah kalian suarakan buat kami pihak sekolah sungguh mengharukan sehingga dapat melihat ada anak-anak murid yang sebak & menitis air mata. 



Ketika jam meniti 11.00 pagi, acara menghasilkan kad gergasi oleh setiap wakil kelas kepada 2 guru praktikum (Cikgu Amirul Fahmi & Cikgu Sharifuddin). Masing-masing berlumba untuk menghasilkan yang terbaik.

Inilah salah satu hasilnya ketika sesi penyerahan kad dijalankan :-

Cenderamata tanda terima kasih tidak dilupakan oleh pihak sekolah buat kalian


Hadiah dari sekolah untuk Cikgu Fahmi

 Hadiah dari sekolah untuk Cikgu Sharifuddin


Terima kasih juga buat kalian yang sudi memberikan cenderamata kenang-kenangan kepada pihak sekolah.


Juga kepada Guru Pembimbing yang amat kalian sayangi, Puan Zalela Bt Othman.


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan


Khas buat Adinda Anirul Fahmi & Sharifuddin,

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat



Rangkaian pantun menutup sesi kalam tinta pada hari ini :-

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi kalian jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


 
"Selamat Maju Jaya khas buat kalian berdua"



Kalungan Tinta Kasih,





READ MORE- Majlis Perpisahan Guru-Guru Praktikum (31.1.2011-29.4.2011)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...